Perjudian adalah cukup sinonim dalam sebahagian kaum manusia kerana di masa kini, terdapat pelbagai permainan di atas talian yang berasaskan tuah dan kemahiran yang kita boleh bermain di atas talian.

Salah satu permainan kasino yang paling popular adalah baccarat iaitu permainan kasino klasik yang banyak boleh anda jumpa di dalam kasino atas talian.

Secara ringkas, permainan ini bergantung kepada tuah dan macam mana anda menggunakan maklumat yang diberikan untuk menentukan kejayaan anda. 

Sudah tentu, dalam permainan baccarat, anda mempunyai peluang 50/50 untuk meneka mana satu “Player” atau “Banker” yang akan menang. Versi baccarat ini adalah versi yang paling senang untuk difahami dan bermain.

Namun demikian, kemahiran masih diperlukan ketika bermain baccarat untuk berjaya. Dalam erti lain, strategi baccarat amat penting!

Jenis-Jenis Sistem Pertaruhan Dalam Baccarat

Sebelum anda mula bermain, anda harus memahami tentang sistem pertaruhan. Secara umumnya, terdapat dua jenis sistem pertaruhan yang anda harus fahami iaitu sistem kemajuan positif dan sistem kemajuan negatif.

Untuk sistem kemajuan positif, anda perlu meningkatkan jumlah pertaruhan jika anda menang dan mengurangkannya jika anda kalah. Cara yang sama juga boleh diapplikasikan di dalam sistem kemajuan negatif, tetapi dengan cara terbalik iaitu anda akan meningkatkan jumlah pertaruhan jika kalah dan mengurangkannya jika anda menang.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai strategi pertaruhan di dalam permainan baccarat, teruslah membaca!

Strategi Pertaruhan Baccarat Martingale 

Strategi pertaruhan baccarat Martingale adalah contoh klasik di dalam sistem kemajuan negatif yang banyak digunakan dalam kebanyakan permainan seperti roulette, craps, dan baccarat.

Strategi ini adalah sangat mudah dimana anda akan meningkatkan pertaruhan (menggandakannya dua kali) semasa kalah dan akan terus meningkatkannya sehingga anda menang. Selepas anda menang, anda boleh mengurangkan pertaruhan kepada jumlah pertaruhan awal anda dan ulangi ia sehingga anda berpuas hati dengan kemenangan anda. 

Sebagai contoh, jika anda bertaruh $5 dan menang, pusingan seterusnya anda masih boleh menggunakan jumlah $5 untuk bertaruh. Tapi jika anda kalah, anda boleh meningkatkan pertaruhan anda kepada $10 untuk pusingan seterusnya. Jika kalah lagi, tingkatkan pertaruhan anda kepada $20. Konsep ini menjaminkan anda sekurang-kurangnya akan mendapatkan modal anda kembali selepas menang.

Sekiranya anda ingin untuk menggunakan Martingale, disarankan untuk menggunakannya hanya untuk sesi perjudian jangka pendek. Dengan ini, anda tidak akan mengalami kalah yang teruk sekiranya anda mengalami nasib buruk.

Namun demikian, sudah tentu strategi pertaruhan baccarat Martingale bukan sistem yang sempurna kerana dalam jangka masa yang panjang, anda akan menghabiskan modal anda atau melebihi had pertaruhan kasino. Secara ringkas, gunakannya dengan berhati-hati!

Strategi Pertaruhan Baccarat Paroli

Strategi pertaruhan baccarat Paroli adalah sistem kemajuan positif dan merupakan salah satu sistem pertaruhan yang menjadi pilihan bagi ramai pemain kerana ia mudah untuk digunakan dan berkesan.

Untuk strategi ini, anda akan bermula dengan taruhan tetap. Jumlah ini adalah modal untuk anda gunakan pada setiap pusingan permulaan. Dinasihatkan untuk menetapkan taruhan yang kecil untuk awal pertaruhan berbanding jumlah keseluruhan yang anda ingin guna.

Menurut Paroli, jika anda kalah, anda tidak boleh menukarkan pertaruhan anda dan hanya akan menggandakannya jika menang. Kalau anda menang, gandakan pertaruhan anda dan jika menang lagi, gandakannya sekali lagi. Anda hanya boleh meningkatkan jumlah setiap kali anda kalah. 

Sistem ini memberikan peluang kepada anda untuk menang kecil secara konsisten di samping tidak mempunyai kemungkinan untuk kalah besar.

Secara teorinya, jika anda berjaya menggandakan jumlah pertaruhan anda secara tiga kali, kemenangan anda akan digandakan dengan tujuh kali ganda. Tetapi, tuah anda berdasarkan dengan nasib anda, jika anda kalah, anda akan kehilangan duit pertaruhan anda, mudah sahaja.

Strategi Pertaruhan Baccarat 1-3-2-6

Strategi pertaruhan baccarat 1-3-2-6 merupakan satu lagi sistem pertaruhan kemajuan positif yang memberi tumpuan kepada kemenangan jangka panjang berbanding dengan mencuba nasib untuk menang di setiap pusingan.

Strategi ini membolehkan anda akan menang sekurang-kurangnya empat kali sepanjang permainan baccarat anda. Dalam kes ini, anda akan bertaruh satu, tiga, dua dan enam unit secara konsisten sepanjang kemenangan anda. Secara teori, strategi ini akan menjamin anda dengan keuntungan yang besar sekiranya anda berhenti pada waktu yang tepat.

Perkara yang paling penting (sekiranya anda menggunakan strategi ini) adalah anda mesti meletakkan taruhan yang kecil untuk mengekalkan kemenangan yang besar. Sebagai contoh, jika pertaruhan pertama anda adalah $1 dan anda menang, keuntungan anda adalah digandakan dengan $4. Pertaruhan ketiga pula berjumlah $2 dan keempat seharusnya berjumlah $6. Jika anda menangi kesemua pusingan ini, anda akan mendapat keuntungan sebanyak $10 dengan hanya menggunakan $2 tetapi ini berdasarkan nasib anda.

Strategi Pertaruhan Baccarat Labouchere


Strategi pertaruhan baccarat Labouchere adalah strategi yang rumit dan sistem yang sama dengan Martingale tetapi masih sesuai digunakan oleh pemain disebabkan keberkesanannya.

Strategi ini digunakan untuk mengurangkan kerugian dengan mendapat beberapa kemenangan yang lebih kecil.

Kitaran perkembangan untuk strategi Labourchere bermula dengan turutan nombor. Untuk pertaruhan pertama, tambah nombor pertama dan nombor terakhir dalam urutan di atas. Jika menang, keluarkan nombor yang digunakan dari turutan dan ulangi langkah seperti pusingan lepas (meletakkan kombinasi nombor pertama dan terakhir dalam turutan). Jika anda kalah, tambah balik jumlah yang anda kalah sebagai nombor kepada urutan yang digunakan. Kitaran ini hanya selesai setelah semua nombor digunakan. 

Sebagai contoh menggunakan turutan 5 – 4 – 1 – 2 – 4 – 4.

Pertaruhan pertama anda adalah 9 (5 tambah 4). Jika anda menang, buang nombor 5 dan 4 dari turutan dan taruhan seterusnya adalah 8 (4 tambah 4). Jika anda kalah, tambah semula nombor 9 dalam turutan. 

Secara ringkas, buang nombor bila anda menang dan tambah nombor apabila kalah.

Kelebihan strategi ini ialah tidak kira berapa panjang urutan ini, anda akan mendapat untung yang sama dengan jumlah nilai nombor yang digunakan dalam turutan. 

Leave a Reply