Walaupun terdapat banyak cara untuk meningkatkan peluang anda untuk memenangi loteri di Internet, kebanyakan tips yang diketengahkan bukan sahaja kurang berkesan tetapi ada kalanya tidak berkesan langsung. 

Contohnya seperti skema loteri yang merangkumi kaedah memilih nombor-nombor yang jarang keluar, serta perisian loteri yang dikatakan lebih tepat dalam memilih nombor. Kedua-dua kaedah ini adalah kurang berkesan walaupun tips yang pertama mempunyai potensinya.

Pertama sekali, ia adalah mustahil untuk meramalkan mana-mana nombor yang akan dicabut kerana permainan permainan ini berunsurkan kebarangkalian dan adalah rambang. Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda memilih nombor yang kurang popular supaya anda tidak payah membahagi kemenangan anda jika ada pemain lain yang membeli nombor yang sama.

Berikut adalah tips yang amat berkesan untuk menang dalam loteri jika anda berminat.

#1: Pilih Permainan Loteri Yang Betul

Biasanya, pemain loteri akan membincangkan permainan loteri seolah-olah hanya ada satu cara untuk menang jackpot. Idea ini setentunya jauh dari kebenaran kerana terdapat banyak jenis loteri, terutamanya di Malaysia.

Sebagai contoh, jenis-jenis loteri paling popular di Malaysia adalah Sports Toto 4D dan 6D, Da Ma Cai, Magnum 4D, dan lain-lain. Duti anda sebagai seorang pemain yang ingin memenangi wang lumayan dari loteri adalah untuk belajar dan menyelidik sebelum anda membazirkan wang. Jelasnya, anda boleh meningkatkan peluang untuk menang dengan bermain permainan yang mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi. 

Namun anda juga harus mengingati bahawa kebanyakkan loteri nasional mempunyai peluang untuk menang yang tetap dan sebarang strategi yang anda gunakan tidak akan mempengaruhi peluang ini. Juga harus diingati bahawa jika lebih dari satu individu memenangi jackpot yang sama, anda perlu membahagikan hadiah wang tersebut.

#2: Sertai Kumpulan Loteri

Seperti yang dinyatakan, peluang untuk menang dalam loteri adalah tetap. Oleh yang demikian, membeli lebih banyak tiket loteri adalah salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan peluang anda untuk menang dalam permainan ini. Walaubagaimanapun, strategi ini bukan strategi yang menjimatkan kos kerana anda perlu membelanjakan wang yang banyak untuk beli tiket.

Oleh itu, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah untuk menyertai kumpulan loteri yang kongsi kos untuk membeli tiket loteri. Tujuan kumpulan ini adalah untuk meningkatkan peluang anda untuk menang dalam loteri melalui peningkatan daya pembelanjaan anda. Dan kumpulan ini boleh merangkumi rakan sekerja, kawan, atau keluarga.

Syaratnya adalah jika salah satu tiket loteri yang dibeli menang, anda kena membahagikan keuntungan dengan kumpulan anda.

#3: Semak Semula Supaya Anda Tidak Ketinggalan

Bayangkan anda memenangi jackpot besar, tetapi kemudian anda membiarkannya terlepas kerana anda tidak menyemak semula nombor pada tiket anda. Senario yang malang ini berlaku lebih kerap dari yang disedari oleh orang ramai.

Ia mungkin tiket loteri yang berjumlah beberapa juta yang tidak dituntut atau tiket menang yang terhilang. Berkemungkinan seorang individu di luar tak tahu mereka telah memenangi wang hadiah besar. Janganlah jadi individu ini.

Oleh itu, anda seharusnya simpan semua tiket loteri anda dengan selamat dan mudah diakses, sekurang-kurangnya sehingga keputusan loteri diumumkan. Jika anda takut terlupa, boleh beri peringatan pada diri sendiri dengan menggunakan aplikasi kalendar dalam telefon pintar anda. 

Lepas keputusan diumumkan, pastikan anda semak semula tiket anda supaya anda tidak terlepas. Kemudian periksa semula untuk pastikan dan buat periksaan kali ketiga untuk mengesahkan sama ada anda menang atau tidak. Anda juga harus memastikan bahawa tarikh tiket anda adalah betul.

Tips ini sepatutnya jelas, tetapi ada kalanya ia mudah untuk membuat kesilapan kecil yang akan menyebabkan anda kehilangan durian runtuh.

#4: Simpan Tiket Orang Lain Yang Tercicir

Kebanyakkan orang juga akan buang loteri tiket mereka selepas keputusan loteri diumumkan tetapi itu tidak bermaksud ia tidak berharga. Orang-orang ini mungkin tidak mengikuti tips #3 untuk menyemak semula tiket mereka.

Dalam kes ini, anda mungkin telah mengutip tiket yang menang! Walaupun kebarangkalian senario ini akan berlaku adalah amat kecil tetapi ada peluangnya bukan mustahil. Oleh itu, berbaloi juga untuk periksa semula nombor pada tiket yang telah dibuang atau yang dikutip.

#5: Berhati-Hati Dengan Skim Penipuan

Seperti kebanyakkan perkara dalam kehidupan, penipu-penipu adalah isu yang besar dalam industri loteri. Banyak juga penipu yang akan cuba menipu anda dengan menggunakan harapan untuk memenangi jackpot dalam loteri. Anda seharusnya lebih sedar tentang taktik mereka. 

Berikut adalah tips-tips yang akan membantu anda untuk mengesan skim penipuan:

  • Hanya beli tiket loteri dari penjual yang berlesen.
  • Adalah haram untuk menjual tiket loteri di luar sempadan negara usulnya. 
  • Anda tidak akan menang jika tidak membeli tiket loteri. Penipu mungkin akan cuba meyakinkan anda sebaliknya.
  • Anda bertanggungjawab untuk memeriksa tiket kemenangan anda dan bukannya pihak loteri.
  • Anda tidak perlu membayar sebarang perkara jika anda menang hadiah loteri.

Untuk isu lain, dicadangkan supaya anda melawati laman sesawang rasmi pembekal loteri anda untuk maklumat selanjutnya.

#6: Pilih Kombinasi Nombor Yang Jarang Muncul

Ada kalanya pemain akan membeli nombor yang mereka suka seperti tarikh hari jadi, telefon rumah, dan sebagainya. 

Walaupun tiada masalah untuk menggunakan strategi ini, ia juga tidak akan meningkatkan peluang anda untuk menang. Sebagai alternatif, anda boleh memilih nombor-nombor yang kurang muncul atau nombor yang kurang dipilih oleh pemain lain.

Selalunya ada kemungkinan yang anda harus kongsi hadiah wang loteri dengan pemain lain yang membeli nombor yang sama. Nombor yang jarang adalah salah satu cara untuk anda meningkatkan peluang untuk menang.

Bagaimanakah anda boleh tahu mana satu nombor adalah jarang? Kebanyakan orang menggunakan statistik untuk mengetahui mana satu nombor yang paling kerap dibeli. Ada juga orang yang berpendapat bahawa kombinasi yang jarang dipilih seperti nombor berturut-turut adalah strategi yang efektif. Dan ada juga apps loteri yang akan membantu anda memilih dan mengingati nombor-nombor untuk bermain.

Leave a Reply